Tangguh bentang Pelan Pembangunan Pendidikan

View previous topic View next topic Go down

Tangguh bentang Pelan Pembangunan Pendidikan

Post by Admin on Tue Feb 03, 2015 2:20 pm

KOTA KINABALU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar pembentangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 di Kabinet ditangguhkan, ekoran hala tuju perancangan pelan itu hanya tertumpu kepada kakitangan akademik sahaja.

Menurut Presidennya, Datuk Azih Muda pelan itu tidak mengambil kira dan mengabaikan perancangan hala tuju melibatkan kakitangan bukan akademik terdiri daripada penjawat pentadbir serta kumpulan pelaksana satu dan dua di setiap institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.

“Apakah faedah yang akan mereka (merujuk kepada kakitangan bukan akademik) peroleh di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan ini, adakah pertambahan perjawatan akan berlaku? Apakah laluan kerjaya akan berlaku? Apakah insentif yang akan diterima sekiranya lonjakan terhadap kedudukan universiti mereka berlaku?” katanya.

Beliau berkata kepada Bernama selepas mesyuarat dan Seminar Hala Tuju Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) melibatkan 93 peserta dari 20 IPTA, di sini semalam.

Beliau menyarankan sebelum pelan itu dibentang ke Kabinet, adalah lebih baik pelan itu dibentang kepada CUEPACS dan GAKUM berikutan hala tuju pelan itu yang perlu ditambah baik.

“Kami mahu tahu lebih jelas peranan pelan itu, kami tidak puas hati…saya fikir biarlah dasar dalam pelan digariskan setelah proses kematangan berlaku, kalau belum ada proses kematangan, semua pihak masih tidak jelas, lebih baik tangguhkan dulu pembentangan kepada kerajaan,” katanya.

Pengurusan sesebuah IPT yang berjaya memerlukan kerjasama daripada semua komponen, peringkat bawahan sehingga ke peringkat atasan, kata Azih.

Jelas beliau lagi, terdapat beberapa perkara yang digariskan di bawah pelan itu tidak begitu jelas maksudnya.

“CUEPACS ingin menyatakan kami membantah aspirasi ekuiti dan kesatuan yang mahu meletakkan tahun 2025 agar kesatuan di bawah universiti ini dipantau dan dinilai oleh satu mekanisme lain.

“Kami bantah kerana kesatuan ini bukan ditubuhkan oleh universiti tetapi ditubuhkan oleh kakitangan yang berkhidmat di bawah Akta Kesatuan Sekerja, dan adakah penjawat universiti tidak dibenarkan berkesatuan?” katanya sambil menegaskan pelan itu perlu dibincangkan semula. — Bernama
avatar
Admin
Admin

Posts : 22
Join date : 2015-02-02

View user profile http://jgcsabah.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum